Imej umum Bunga Isme

Bunga dikenali sebagai penyanyi rap wanita bertudung pertama di Malaysia dan tampil mengenakan baju kurung setiap kali tampil di pentas.[9] Beliau berkata mengenai penampilannya:[9]

“Saya tahu ramai yang mengkritik penampilan saya berbaju kurung dan bertudung (menyanyi) dengan membawa genre rap, namun saya mahu membuktikan inilah peluang untuk menonjolkan pakaian tradisional Malaysia di mata dunia.”[9]

Beliau menjadikan Yuna sebagai idolanya dalam bidang muzik dan menyatakan hasrat ingin bekerjasama dengannya.[10][11] Bunga berkata: "Saya teruja apabila Yuna sudi memberi komen. Saya tidak sangka, Yuna rupa-rupanya mengikuti akaun IG saya. Sejujurnya, saya menyimpan hasrat untuk bekerjasama dengannya. Tetapi saya tidak mahu terburu-buru kerana perjalanan saya masih jauh. Insya-Allah, apabila tiba masanya, saya akan mengundang Yuna untuk bekerjasama,".[8]

Dalam temuramah bersama South China Morning Post, Bunga berkata "menjadi rapper wanita tidak semestinya saya perlu bersikap seperti lelaki atau samseng".[12] Menyifatkan nyanyian bukan kerjaya pilihan, beliau berkata dalam temuramah bersama Associated Press: "Cita-cita saya ingin menjadi ahli politik dan peguam".[13]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Bunga Isme https://www.abouther.com/node/21016/entertainment/... https://gempak.com/artikel/20922/muncul-di-bloombe... https://www.instagram.com/@bungaisme/ https://www.scmp.com/lifestyle/entertainment/artic... https://www.seattletimes.com/entertainment/success... https://www.therakyatpost.com/2019/07/05/perak-bor... https://www.thevocket.com/lihat-persembahan-bergay... https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/... https://www.hmetro.com.my/rap/2020/08/609470/bunga... https://www.hmetro.com.my/utama/2019/07/472795/bun...